Membawang Hari Ini

Maqasid Syariah, papar syariah ekonomi

MAQASID Syariah merupakan sebuah program bual santai informatif yang mengambil durasi setengah jam selama 26 episod.

Program ini menampilkan Amin Idris selaku perantara membincangkan topik-topik pilihan bersama dua orang panel berkelayakan dalam bidang masing-masing.

Antara panel-panel ini terdiri daripada pakar akademik, pakar kewangan dan pendakwah.

Menurut Amin Idris, menerusi program ini sedikit sebanyak penonton dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai syariah ekonomi Islam.

“Antara topik yang diutarakan seperti pengurusan kewangan Islam, wakaf dan ekonomi Islam.

“Menariknya, setiap pandangan yang diberikan haruslah mengikut panduan dan garis pandang Maqasid Syariah,” katanya.

Berkongsi topik yang dibincangkan, kata Amin Idris, salah satu episod yang dibincangkan adalah prinsip perbankan dan kewangan.

“Menerusinya, kami mengulas mengenai teori pemahaman prinsip Islam dalam konteks kegiatan serta dasar ekonomi.

“Terdapat juga perbandingan antara prinsip dan struktur dalam sistem ekonomi konvensional, sistem ekonomi Islam dan perlaksanaan sistem ekonomi Islam bagi peringkat individu, pemerintah dan kerjasama global,” katanya.

Panel terlibat bagi program ini seperti penceramah bebas Datuk Kazim Elias, presiden dewan perdagangan Islam Malaysia, Tan Sri Muhammad Ali Hashim dan Mufti Negeri perak, Tan Sri Datuk Dr Harussani Zakaria.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");