Sukan Hari Ini

Martinez puas hati prestasi pemain

PENGENDALI Everton, Roberto Martinez berpuas hati prestasi dipamerkan pemainnya selepas melakar kemenangan 3-0 ke atas Stoke City, kelmarin.

Ini kali pertama The Toffees mencatat kemenangan ketiga berturut-turut dalam semua perlawanan disertai musim ini.

“Saya rasa ini adalah minggu yang cemerlang buat Everton. Kami menunjukkan corak permainan yang baik.

“Cita-cita kami pada ketika ini amat tinggi selain mempunyai pasukan yang cukup mantap untuk mengakhiri liga di kedudukan lebih baik ,” katanya.

Toffees cemerlang di Stadium Britannia menerusi gol yang dijaringkan Romelu Lukaku, Seamus Coleman dan Aaron Lennon.

Sementara itu, Lennon yang menjaringkan gol ketiga Everton memuji kerja keras yang rakannya sehingga berjaya mencatat kemenangan ke atas Stoke.

“Kami bermula dengan pantas dan mendapat gol awal.

“Semua pemain cemerlang pada keseluruhan minggu ini,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");