Panasnya Hari Ini

Masih Nak Percaya Rafizi? -Blogger

KUALA LUMPUR: Blogger politik, Parpukari.blogspot.com hari ini mempersoalkan sama ada rakyat masih lagi mahu mempercayai Rafizi Ramli berhubung isu Tabung Haji.

Melalui catatan terbaharu di laman blognya, beliau meluahkan kemusykilan berikutan rakyat masih lagi mempercayai Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Hal ini demikian kerana, Rafizi telah melakukan serangan yang bertali arus terhadap Tabung Haji. Namun sebaliknya beliau sendiri mempunyai simpanan di Tabung Haji berkenaan.

“Aku pelik macam mana si Rafizi ni korang boleh percaya? Dia kutuk Tabung Haji pastu didapati dia ni menyimpan duit beratus ribu dalam Tabung Haji dan bila dapat dividen tinggi dengan bangga dia pi (pergi) ambil,” katanya.

Beliau turut membidas tindakan individu-individu yang mengeluarkan kesemua simpanan di Tabung Haji kerana mempercayai dan terpengaruh dengan dakwaan yang dibuat oleh Rafizi itu.

“Elok-elok nama boleh naik nak pergi haji tapi sebab si SOTONG bodoh menipu ni habuk pun tak dapat,” katanya.

Diakhir penulisannya, beliau sekali lagi mempersoalkan sama ada rakyat masih lagi mahu mempercayai kata-kata Rafizi.

“Dia pula gelak gembira kerana dia mendapat laba yang besar kerana menyimpan banyak dalam TH. Masih lagi korang nak percaya si sotong ni?,” soalnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");