Perak Hari Ini

Masjid Cina Bukan Sekadar Pusat Dakwah

IPOH: Masjid Muhammadiah (Muhammadiah Chinese Mosque) atau dikenali sebagai Masjid Cina dekat Tasek, Ipoh terus memberi tumpuan terhadap tugas dakwahnya dengan pembinaan pusat dakwah yang kini sudah memasuki fasa kedua.

Menurut Pengerusi Persatuan Cina Muslim cawangan Ipoh, Datuk Dr. Fadzli Cheah Abdullah pusat tersebut bukan sahaja akan digunakan untuk tujuan berdakwah tetapi juga sebagai pusat pendidikan dan pelancongan.

“Pusat dakwah kini sudah memasuki fasa kedua pembinaan dan dijangka akan beroperasi menjelang tahun ini,” katanya.

Ujarnya,setakat ini pihaknya sedang giat mengumpul sumbangan bagi membangunkan bangunan tersebut dan membentuk jawatankuasa khas bagi menguruskannya.

PERAKTODAY (2)

“Kita masih memerlukan peruntukan sekitar RM2 juta bagi membangunankan pusat dakwah, pusat pendidikan dan kebudayaan ini,” katanya.

Beliau turut berharap sekolah Agama Rakyat yang kini beroperasi di bangunan surau lama masjid tersebut dapat dibaikpulih dan mempunyai kemudahan yang lengkap buat pelajar kelak.

Terdahulu, seramai 1,000 orang hadir memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina 2016 anjuran Persatuan Cina Muslim Perak di Masjid Muhamadiah, dekat Tasek, di sini, hari ini.

PERAKTODAY1 (2)

Majlis tambah meriah dengan kehadiran Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri Datin Seri Saripah Zulkipli.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan dan Sahsiah Datuk Mohd Nizar Zakaria dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin.

Turut hadir, jemputan istimewa penceramah Shaykh Mohammad Yahya Al-Ninowy yang turut menyampaikan ceramah sebentar tadi.

Tambahnya lagi, Masjid Muhammadiah kini telah menjadi salah satu lokasi pelancongan yang mesti dikunjungi dan berjaya menarik ramai pelancong luar amnya.

“Kita harapkan pelancong dapat mematuhi etika pakaian dan memakai pakaian yang bersesuaian sewaktu melawat kawasan masjid.

“Setiap minggu pasti ada bas yang membawa pelancong akan hadir melawat masjid dan kebanyakkannya dari negara China,” katanya.

PERAKTODAY2 (2)

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");