Sukan Hari Ini

Tidak menyesal keluarkan pemain import

KEDAH mampu menjaringkan lebih daripada lapan gol ketika mengatasi Megah Murni FC pada pusingan kedua Piala FA 2016, kelmarin namun pengendalinya, Tan Cheng Hoe tetap berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Mengeluarkan dua perancang import iaitu Sandro Da Silva dan Liridon Krasniqi pada separuh masa kedua dan memasukkan Ahmad Fakri Saarani dan Abd Halim Shaari selepas Kedah selesa berada 6-0 di hadapan menyaksikan mereka buntu untuk memecahkan benteng yang dicipta oleh pelawat.

Megah Murni FC jelas bermain secara bertahan sepenuhnya namun pada waktu yang sama Cheng Hoe mengakui bahagian tengahnya kurang berkesan selepas melakukan pertukaran sebelum Carlos Kahe menambah dua lagi gol pada penghujung permainan.

“Saya tetap berpuas hati dengan keputusan ini walaupun tahu mungkin lebih besar jumlah jaringan mampu dilakukan jika kesebelasan utama dikekalkan tapi pemain-pemain lain juga perlu diberikan peluang untuk diturunkan selepas kita sudah selesa berada di hadapan.

“Perjalanan Liga Malaysia masih panjang dan sangat perlu untuk semua pemain mendapatkan pendedahan awal dan ini sangat penting untuk masa depan pasukan,” katanya, kelmarin.

Hatrik pertama berjaya dilakukan oleh Carlos Kahe, Syazwan Zainon pula meledak dua gol dan masing-masing satu gol dari Azmeer Yusof, Sandro Da Silva serta Amirul Hisham.

Biarpun Megah Murni FC bukan lawan sebenar buat Hijau Kuning, namun sedikit sebanyak dapat meningkatkan keyakinan dan momentum buat jentera serangan pasukan lebih bermotivasi pada perlawanan seterusnya.

Cheng Hoe berkata, ujian sebenar menanti pasukannya untuk aksi ketiga Liga Super 2016 apabila berkunjung ke Ipoh bagi menghadapi Perak pada 27 Februari nanti.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");