Panasnya Hari Ini

Megat Najmuddin Letak Jawatan Selaku Pengerusi Tribunal Siasatan Umno

KUALA LUMPUR: Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas mengesahkan bahawa beliau telah meletakkan jawatan dua bulan lalu berikutan masalah kesihatan selepas 14 tahun bersama dengan Jawatankuasa Disiplin Umno itu.

Beliau mengalas tugas sebagai Pengerusi Tribunal Siasatan Lembaga Disiplin parti,telah disahkan menghidap penyakit kanser sejak setahun lalu memerlukan beliau melalui proses rawatan rapi dari semasa ke semasa.

Ujarnya, keputusan untuk meletak jawatan itu dibuat tanpa sebarang paksaan atau mendapat tekanan pihak tertentu sama ada di dalam atau luar parti.

“Yang pasti, pengunduran saya tiada kaitan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, jauh sekali kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin atau mana-mana pemimpin tertinggi dalam parti.

“Masalah kesihatan adalah punca saya letak jawatan, hasrat itu disampaikan kepada presiden parti,” katanya memetik sumber mStar Online hari ini.

Selain memberi perhatian terhadap rawatan kesihatannya beliau kini memberi fokus kepada tanggungjawab korporat.

“Sepanjang tempoh bersama jawatankuasa disiplin parti dan seterusnya mengetuai tribunal siasatan, ramai kawan-kawan yang kena dakwa dan saat itulah yang beri tekanan kepada saya setiap kali perlu buat keputusan.

“Tetapi selepas meletak jawatan dalam jawatankuasa parti, saya kini lebih tenang dan dapat tumpukan sepenuh perhatian kepada hal-hal yang tidak terlalu berat,” katanya.

Tambahnya ketika menjalankan tugas berada di jawatankuasa disiplin parti itu, ketika kepentingan dan keutamaan Umno menjadi perkara utama.

Mengulas mengenai penggantinya beliau menyatakan bahawa beliau tidak pasti  sama ada penggantinya akan dipertimbangkan di antara 22 ahli jawatankuasa berkenaan atau pihak lain.

“Saya percaya Datuk Seri Najib matang dan akan membuat keputusan untuk kebaikan semua,” katanya ketika diminta mengulas mengenai keadaan politik dalam UMNO.

Beliau turut menyatakan sebarang kenyataan melibatkan kepimpinan parti perlu mendapat perhatian dan pertimbangan presiden.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");