Sukan Hari Ini

Tetap bagus walau keputusan seri

WALAUPUN gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di halaman sendiri apabila sekadar terikat seri tanpa jaringan dengan Atletico Madrid, bek PSV Eindhoven tetap berpuas hati dengan tahap permainan rakan sepasukannya.

Menurut Moreno, pemain PSV terutama di bahagian pertahanan berjaya mengekang pemain lawan yang mempunyai kelebihan fizikal, malah mampu mengheret perlawanan berakhir dengan keputusan seri.

“Kami tetap gembira dengan keputusan ini. Dengan beraksi 10 pemain, kita tak kalah dan tidak dibolosi.

“Keputusan ini bagus, dan saya percaya tekanan kini sudah pasti kepada Atletico Madrid yang akan menanti kunjungan kami pada aksi timbal balik nanti,” katanya.

Penyerang muda PSV, Gaston Pereiro dilayangkan kad kuning kedua oleh pengadil, Daniele Orsato kerana melakukan terjahan kasar terhadap Diego Godin pada babak kedua.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");