Berita Hari Ini

Miti yakin kekal lebihan dagangan

KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) berharap Malaysia akan terus menghasilkan lebihan dagangan dengan jumlah dagangan dijangka sebanyak dua peratus pada tahun ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, tahun lalu negara mencatatkan lebihan dagangan sebanyak 14 peratus walaupun berhadapan dengan keadaan ekonomi dunia yang mencabar.

“Negara mencatatkan lebihan dagangan sejak beberapa tahun yang lalu dan ia adalah satu pencapaian yang membanggakan.

“Kami berharap negara dapat mengekalkan rekod lebihan dagangan sebanyak 14 peratus pada tahun ini, sekali gus meningkatkan eksport negara,” katanya selepas pelancaran Generation of New Exporters (GenEX), di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, tahun lalu jumlah dagangan adalah di paras 1.2 peratus dan tahun ini dijangka meningkat kepada dua peratus.

Katanya, jumlah itu adalah satu pencapaian yang baik dicacatkan di dalam keadaan ekonomi dunia yang kurang menentu.

Oleh itu, Mustapa berkata, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) perlu lebih agresif di dalam usaha meningkatkan eksport negara.

Menurutnya, fokus utama tahun ini adalah dengan memberikan kemudahan kepada usahawan tempatan yang ingin menerokai pasaran negara luar.

“Tahun ini juga, kita mahu membantu usahawan dengan membuka pintu eksport ke 46 negara yang mempunyai pejabat Matrade.

“Kita akan bantu mereka dengan memberikan pendedahan dan ruang tentang peluang-peluang perniagaan yang ada di negara tertentu,” katanya.

Menurutnya, Matrade akan menjadi pusat sehenti kepada usahawan tempatan yang ingin mengintai pasaran luar negara.

Malaysia mencatatkan peningkatan jumlah perdagangan sebanyak 1.2 peratus kepada RM1.466 trilion pada 2015 berbanding RM1.448 trilion tahun sebelumnya yang merupakan tahun kesembilan jumlah perdagangan melebihi RM1 trilion.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");