Sukan Hari Ini

UiTM FC buru kemenangan sulung

UiTM FC meletakkan sasaran tinggi mahu merakamkan kemenangan pertama di laman sendiri apabila menghadapi Sabah dalam aksi pembuka tirai Liga Perdana 2016 di Stadium UiTM Shah Alam, petang ini.

Pengendali skuad The Lion Troops, Raja Isa Raja Akram Shah berkata, kemenangan tersebut amat penting bagi memastikan pasukan itu memulakan kempen musim ini dengan langkah kanan.

“Sudah tentu UiTM buru tiga mata. Untuk itu, saya akan turunkan barisan terkuat berdepan Sabah nanti.

“Saya mahu pemain manfaatkan setiap peluang. Ini penting kerana kami beraksi di gelanggang sendiri,” kata Raja Isa yang baru menyambut hari lahirnya yang ke-50, semalam.

Pengendali yang pernah membimbing PSM Makassar dan Persipura Jayapura di Indonesia itu bagaimanapun berharap pemainnya fokus sepanjang 90 minit perlawanan.

Musim ini, UiTM FC diperkuatkan dengan kehadiran penjaga gol kebangsaan Kyrgyzstan, Pavel Matiash serta tiga lagi pemain import – Kang Jin Ouk dari Korea Selatan, Eliel Cruz (Brazil) dan Pavel Purishkin (Uzbekistan).

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");