Panasnya Hari Ini

Muhyiddin Boleh Berundur Atau Bertanding Jawatan Presiden- Azalina

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertingi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said meminta agar Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur jika benar merasakan tidak lagi sehaluan dengan apa yang diamalkan parti selama ini.

Azalina juga mencadangkan Timbalan Presiden UMNO itu menawarkan diri untuk jawatan presiden dalam pemilihan parti akan datang.

Ujarnya, dua pilihan tersebut tersedia sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin masih meneruskan serangan terbuka terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

”Setiap pemimpin parti juga perlu patuh kepada peraturan dan dasar-dasar parti, kerana perkara itu menjadi tunjang kepada kekuatan sesebuah parti.

”Sebagai orang nombor dua dalam parti keramat UMNO ini, Tan Sri Muhyiddin sepatutnya memainkan peranan sebaik mungkin bagi melicinkan kerja-kerja Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya dalam satu kenyataan memetik sumber Astro Awani.

Beliau turut menyifatkan serangan terbuka yang dilakukan oleh Muhyiddin terhadap Perdana Menteri itu umpama ‘marahkan nyamuk, kelambu dibakar’.

Tambahnya, Muhyiddin sepatutnya menunjukkan kesetiaan kepada pucuk pimpinan yang menjadi perkara utama dalam setiap parti yang ada.

Azalina turut menyifatkan tindakan Muhyiddin ketika ini hanya akan memberi contoh tidak baik kepada kepimpinan di peringkat akar umbi.

Beliau menasihati Muhyiddin supaya mengenang jasa parti terhadap beliau dengan memastikan sebarang tindak tanduk yang dilakukan tidak melemahkan parti dan membawa kepada perpecahan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");