Panasnya Hari Ini

Muhyiddin Hilang Peluang Pertahankan Diri Kerana Tidak Hadir Mesyuarat MT-Shahrizat

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin kehilangan peluang untuk mempertahankan dirinya apabila beliau tidak muncul di mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno petang semalam.

Ujarnya, Muhyiddin diberi ruang dan boleh memberi penjelasan tentang tindakannya menghadiri majlis-majlis yang menentang Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau turut menyatakan beliau kecewa dan hampa dengan keputusannya untuk tidak menghadiri mesyuarat itu.

“Semalam sepatutnya menjadi tempat yang terbaik untuk Tan Sri (Muhyiddin) datang dan berkongsi pandangan beliau. Jadi keputusan (menggantungnya) telah dibuat,” kata memetik sumber Mstar.

Terdahulu, Majlis Tertinggi UMNO telah sebulat suara menggantung tugas Muhyiddin sebagai timbalan presiden sehingga pemilihan parti akan datang.

Beliau dikatakan tidak menjalankan kewajipan sebagaimana yang dikehendaki di bawah perlembagaan parti tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");