Berita Hari Ini

MyBrain: Kementerian umum tawaran kepada 9,000 pelajar

PUTRAJAYA – ?Kementerian Pendidikan Tinggi hari ini mengumumkan pemberian tawaran pembiayaan kepada lebih 9,000 pelajar.

Menurut menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh, tawaran pembiayaan tersebut ditawarkan di bawah program MyBrain15.

Katanya lagi, setakat ini, seramai lapan mahasiswa telah berjaya memperoleh tawaran tersebut.

“Kesemua penerima biasiswa ini adalah pelajar yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Mereka telah mengemukakan permohonan antara bulan Ogos sehingga November 2015.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 7,410 merupakan penerima di bawah program MyMaster dan 1,600 di bawah program MyPhD,” katanya dalam sidang media ?Majlis Penyerahan Surat Tawaran Biasiswa MyBrain di lobi Kementerian Pengajian Tinggi?, di sini, hari ini.

Pembiayaan MyBrain dikatakan selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan peruntukan tambahan RM300 juta menerusi penyusunan semula Bajet 2016, awal tahun ini.

Sehingga Disember 2015, seramai 44, 124 pelajar telah menerima penajaan di bawah program MyBrain15. Pengumuman pembukaan permohonan seterusnya akan diumum dari semasa ke semasa.

“Seramai 15, 000 pelajar tajaan MyMaster dan 5,000 pelajar tajaan MyPhD dengan peruntukan tambahan ini,” katanya lagi.

Jelas Idris lagi, program ini juga merupakan komitmen kerajaan dalam menyokong aspirasi rakyat melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");