Jenayah

Murid dilanggar van sekolah

PORT DICKSON: Seorang murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Si Rusa, di sini patah paha dan pergelangan kaki kiri akibat dilanggar sebuah van sekolah ketika sedang melintas jalan di lampu isyarat di hadapan sekolah terbabit, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 1.15 petang itu, Jafika Olivia Anak Jamlee, 10, turut mengalami kecederaan di bahagian kepala sebelum dikejarkan ke Hospital Port Dickson (HPD) oleh ambulans untuk rawatan lanjut.

Menurut sumber, ketika kejadian, van sekolah terbabit membawa beberapa pelajar dari arah Kampung Baru menuju ke Jalan Pantai di sini, sementara mangsa dari sekolah berkenaan hendak melintas ke seberang jalan.

Bagaimanapun katanya, pelajar di dalam van sekolah berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, ia bukan kejadian pertama murid sekolah berkenaan dilanggar kenderaan ketika melintas di lampu isyarat berkenaan.

“Kejadian sebelum ini juga mengakibatkan murid tahun satu patah kaki dilanggar sebuah motosikal ketika murid hendak melintas semasa lampu isyarat merah.

“Semua pihak perlu memainkan peranan, kenderaan tidak boleh dipandu laju ketika melalui kawasan ini terutama ketika murid sekolah pergi dan balik.” katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, ciri-ciri keselamatan jalan raya juga perlu dipertingkatkan segera bagi memastikan perkara sama atau kejadian lebih teruk tidak berlaku.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");