Panasnya Hari Ini

Naik Gaji Pekerja Sektor Swasta Tidak Mampu Selesaikan Masalah

KUALA LUMPUR:Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim merasakan tindakan menaikkan gaji pekerja di sektor swasta tidak akan menyelesaikan isu keperluan buruh asing kini.

Tambahnya tindakan menaikkan gaji masih tidak mampu memuaskan hati sesetengah pekerja itu selepas mereka perlu berhadapan dengan pemotongan KWSP dan Perkeso.

“Kalau naikkan (gaji) pun, tetap tidak memuaskan hati (sesetengah) pekerja dari segi ‘take home pay’ selepas pemotongan KWSP dan PERKESO.

“Dari sisi lain pula, kita dapati kos menggaji pekerja tempatan memang sudah jauh lebih tinggi. Sebab itu syarikat lebih suka ambil warga asing, antaranya mereka tidak perlu bayar KWSP untuk pekerja,” katanya ketika diminta mengulas soal kurangnya warga tempatan dalam sektor 3D (difficult, dirty, dangerous) ekoran gaji yang rendah.

Tambahnya lagi, tindakan menaikkan kadar gaji gaji minima dalam sektor tertentu bertujuan untuk menarik warga tempatan juga tidak boleh dilaksanakan dengan begitu sahaja kerana ia melibatkan pelbagai pihak.

“Gaji minima sudah pun ditetapkan. Lagipun (menaikkan gaji minima) melibatkan banyak perkara. Bukan pihak yang menerima sahaja, yang memberi pun ada pandangan,” katanya memetik laporan Freemalaysiatoday.

Ujarnya isu tersebut sukar untuk diselesaikan kerana ia melibatkan ketiga-tigak pihak iaitu kerajaan, majikan dan rakyat kerana setiap pihak juga memiliki pandangan yang berbeza.

“Masing-masing bergerak selari, tidak akan berjumpa titik temu,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");