Panasnya Hari Ini

‘No Pork’ : Logo Halal Malaysia Adalah Panduan Terbaik – Jakim

KUALA LUMPUR:Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha memberi saranan supaya umat Islam menjadikan Logo halal Malaysia sebagai panduan terbaik dalam memilih premis makanan.

Memetik sumber Astro Awani, beliau menegaskan pengguna perlu bijak dan peka dalam membuat pilihan, berikutan isu papan tanda ‘Tiada Babi’ atau ‘No Pork’ yang digunakan oleh segelintir pengusaha premis makanan yang didapati tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

“Produk yang mempunyai logo Halal Malaysia sememangnya terjamin halal dan bersih atau halalan tayyiba.

“Mungkin pengusaha premis makanan atau pemilik restoran itu mempunyai tujuan dan niat tersendiri, namun papan tanda sebegini pada hakikatnya boleh mengundang kekeliruan dalam kalangan pengguna terutamanya umat Islam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya, permohonan bagi mendapatkan Pensijilan Halal Malaysia telah dipermudahkan menerusi sistem e-halal untuk memberi ruang kepada pengusaha memohon sijil tersebut.

Tambahnya lagi, para pengguna juga boleh melakukan semakan status halal menerusi Direktori Halal Malaysia di www.halal.gov.my atau melalui aplikasi mobile ‘myJakim’ di peranti Android dan iOS.

Jakim katanya sentiasa menjalin kerjasama erat dengan Jabatan Agama Islam Negeri dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi memastikan kepentingan masyarakat Islam sentiasa terjamin khususnya dalam mendapatkan makanan dan produk yang halal.

“Ia juga bagi mengelakkan pengguna Islam terkeliru dan sebagai usaha meningkatkan keyakinan pengguna terhadap Pensijilan Halal Malaysia,” katanya.

Tambahnya lagi, Jakim juga akan bergerak seiring dengan apa saja ketetapan yang dibuat Jabatan Agama Islam Negeri dan KPDNKK dalam menangani isu itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");