Sukan Hari Ini

Oscar tidak berhasrat untuk pindah ke China

PEMAIN tengah Chelsea, Oscar memaklumkan bahawa dia tidak berhasrat untuk berhijrah ke China memandangkan masih ada urusan yang belum diselesaikan dalam siri Liga Perdana Inggeris(EPL), lapor Goal.com.

Sebelum ini, bekas pemain kelab itu, Ramires merupakan antara salah seorang pemain berprofil tinggi yang meninggalkan Eropah bagi menyertai kelab Liga Super Cina pada Januari lalu bersama Alex Teixeira, Jackson Martinez dan Ezequiel Lavezzi.

Kelab Jiangsu Suning menyatakan minat terhadap Oscar bagi menyertai skuad mereka bersama Ramires dan Teixeira namun pemain berusia 24 tahun tersebut tidak berhasrat untuk berpindah dari kelabnya.

“Sudah tentu saya merasa sedih melihat Ramires berpindah memandangkan kami dari negara yang sama, kami kawan dan bercakap bahasa yang sama malah turut saling bantu-membantu antara satu sama lain.

“Memang ada kelab dari sana yang berminat namun saya tiada keinginan untuk berpindah. Cadangan untuk berpindah ke China mungkin dapat member perubahan besar buat saya dan ia boleh bertentangan dengan apa yang saya kecapi sehingga kini.

“Chelsea adalah pasukan yang hebat, ia merupakan kelab gergasi dan saya masih muda. Saya berusia 24 tahun dan banyak lagi bola sepak menanti saya di hadapan nanti,”katanya.

Oscar merupakan antara pemain yang bergelut di bawah bimbingan Jose Mourinho awal musim ini namun dia menemui rentak di bawah kendalian Guus Hiddink yang menyertai kelab tersebut pada Disember tahun lalu.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");