Isu Panas

Pakatan Harapan perlu budayakan tatacara baru dalam politik

SHAH ALAM – Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) berpendirian semua pimpinan Pakatan Harapan,baik daripada Amanah, DAP mahupun PKR perlu membudayakan tatacara baru dalam berpolitik.

Naib Ketua Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, caranya ialah dengan ketiga- tiga parti komponen dalam pakatan itu perlu kembali kepada kandungan dasar Perjanjian Pakatan itu yang telah dipersetujui bersama.

“Segala isu-isu politik dan pertikaian dalaman parti-parti dalam Pakatan pembangkang itu perlu merujuk kepada Fasal 3 Perjanjian Pakatan Harapan yang jelas memberikan prosedur yang perlu dilakukan jika wujud krisis atau pertikaian yang melibatkan ketiga-tiga parti.

“Jika formula ini menjadi keutamaan dalam tatacara penyelesaian konflik yang melibatkan ketiga-tiga parti, Pemuda Amanah percaya bahawa koalisi ini mampu menjadi tempat untuk rakyat meletakkan harapan perubahan,” katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Terdahulu, tercetusnya polemik diantara pimpinan dalam Pakatan Harapan apabila PKR dan DAP bertelingkah mengenai tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menamatkan khidmat dua Adunnya di negeri itu dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) gara-gara berkecuali dalam usul dibawa Adun BN pada sidang Dun, tahun lalu.

Tindakan itu juga mendapat bantahaan daripada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dari PKR.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");