Berita Hari Ini

Guru akan dilatih kemahiran pendidikan khas

KUALA LUMPUR: Guru aliran perdana akan dibekalkan kemahiran pendidikan khas bagi memudahkan tugas mengenal pasti ketidakupayaan murid.

Ini membabitkan golongan sasar yang mengalami masalah kesihatan seperti rabun atau pekak sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan, berkata pihaknya sentiasa peka dengan keperluan guru dalam usaha menambah baik dan meningkatkan kemahiran mereka menangani murid yang mempunyai kekurangan dari segi keupayaan serta kesihatan.

“Seiring usaha itu, kami sentiasa menggalakkan syarikat swasta, universiti awam (UA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bekerjasama.

“Mereka boleh berkongsi pengetahuan mengenai kaedah mengenal pasti masalah itu daripada menjadi lebih serius, sekali gus menyukarkan proses pembelajaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas penyampaian Anugerah Katarak Vista di sini, semalam.

Kamalanathan berkata, kerjasama dengan pihak luar bukan bermakna program disediakan kerajaan di sekolah tidak mencukupi.

Katanya, kementerian menyediakan perkhidmatan atau program asas kesihatan di lebih 110,000 sekolah di seluruh negara seperti pemeriksaan gigi sebagai langkah pencegahan awal.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");