Membawang Hari Ini

Panic Room belum panik

Panic Room yang dianggotai Muhammad Fikhri Ahmad atau Epet dan Muhamad Aizat Shah Esa (Ejat) menceburi bidang nyanyian sejak 2011.

Namun, entah di mana silap percubaan dua pemuda berusia 27 tahun ini kurang menjadi, sekali gus membuatkan kehadiran mereka dipandang sepi pencinta muzik tempatan.

Padahal, lima single mereka terpilih sebagai lagu tema drama popular termasuk Arahmu untuk Bunga April di TV3, Pasti Nanti (drama Cinta VLog) dan terbaru, Ku Kan Di sini untuk Cinta Teruna Kimchi yang kini bersiaran di TV3.

Epet berkata, pelbagai ikhtiar sudah dilakukan untuk mempromosi karya dan Panic Room.

“Saya sedar bukan mudah untuk memperkenalkan Panic Room. Sebelum ini hanya lagu kami yang berkumandang, tetapi orang tidak tahu pun siapa penyanyinya.

“Tak boleh salahkan keadaan atau industri. Mungkin belum ada rezeki kami,” katanya ketika bertandang ke Balai Berita, Kuala Lumpur kelmarin.

Celah Ejat, menyedari keadaan itu mereka nekad mempromosi diri dan single Ku Kan Di Sini.

“Kami tak boleh berpeluk tubuh lagi jika mahu dikenali. Pelbagai usaha perlu dilakukan termasuk promosi menerusi media sosial.

“Kami mahu orang kenal Panic Room dan lagu yang diketengahkan supaya dapat berkembang,” katanya.

Sambung Epet pula, awal penubuhan Panic Room mempunyai lima anggota, tetapi kini bergerak secara duo.

“Untuk genre rock belum ada konsep seperti kami apabila hanya ada vokalis dan seorang pemain gitar.

“Tiga lagi anggota asal tidak tampil ke depan sebaliknya membantu ketika penerbitan lagu dan persembahan pentas saja.

“Harap-harap percubaan kali ini membuka lebih ruang kepada Panic Room menghasilkan lebih banyak karya bermutu untuk diperdengarkan kepada orang ramai,” katanya.

Jelas Ejat, persahabatan yang terjalin antaranya dan Epet sejak kecil memudahkan mereka mencari keserasian.

“Kami kenal sejak di bangku sekolah dan membesar bersama-sama. Kami juga berkongsi impian yang sama menerusi muzik yang diperjuangkan.

“Diharap stesen radio, stesen TV, media dan peminat sudi memberikan peluang kepada kami untuk terus berkongsi bakat,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");