Isu Panas

Pas: Kaji semula pengambilan pekerja asing

SHAH ALAM – Pemuda Pas mahu kerajaan mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja warga asing sebagai langkah menghadapi kelembapan ekonomi dunia.

Timbalan Ketua Pemudanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, ketika negara menghadapi pelbagai kesan ekonomi akibat kelembapan ekonomi dunia, kerajaan seharusnya memikirkan cara terbaik untuk manfaat rakyat dan negara.

Menurutnya, kerajaan juga perlu mengkaji semula keperluan pekerja asing dalam pelbagai sektor yang mana jumlah pekerja asing sudah lebih dari mencukupi.

“Seharusnya kerajaan mengklasifikasikan semula sektor-sektor yang dibenarkan menggaji pekerja asing tanpa menjejaskan peluang anak tempatan dalam mendapat pekerjaan.

“Rakyat tempatan perlu diberikan peluang pekerjaan dalam masa sama mengurangkan kadar inflasi negara,” katanya.

Muhammad Khalil berkata, majikan juga perlu digalakkan mengambil pekerja tempatan untuk menggantikan pekerja asing seperti sektor pembuatan dan perkhidmatan serta menetapkan jumlah atau kuota pekerja asing dalam setiap industri.

“Dengan jumlah seramai itu ditambah pula dengan kemasukan warga kerja Bangladesh seramai 1.5 juta orang, ianya melebihi daripada jumlah populasi etnik kaum Cina dari kalangan warganegara berdasarkan sumber daripada Jabatan Perangkaan iaitu sebanyak 6.64 juta orang serta boleh menyebabkan ketidakseimbangan pola populasi penduduk negara.

“Keadaan tersebut sudah tentu mewujudkan rasa tidak selesa di kalangan rakyat yang sememangnya merasakan sudah terlalu ramai warga asing serta merasa terancam dengan kehadiran mereka. Pemuda Pas merasakan kerajaan perlu mengkaji semula polisi pengambilan warga kerja asing,” katanya.-Sinar harian

?

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");