Panasnya Hari Ini

Pekerja Asing: Baik atau Buruk? – Blogger

KUALA LUMPUR: Kemasukan pekerja asing ke negara ini adalah untuk mengisi kekosongan pekerjaan yang ditawarkan oleh pihak industri yang mahukan pekerja dalam sektor 3D iaitu ‘dangerous, difficult dan dirty’ (bahaya, susah, kotor).

Hal ini demikian kerana pekerjaan seperti itu kurang mendapat sambutan daripada rakyat tempatan.

Seperti yang diketahui, pengambilan pekerja asing terutamanya dari Bangladesh mendapat tentangan daripada segelintir pihak, yang mana ianya dikatakan mampu memberikan kesan buruk terhadap negara.

Namun masih ada yang menyokong tindakan tersebut dengan menyatakan bahawa terdapat banyak kebaikan mengambil pekerja asing berkenaan.

Ia berikutan rasional dalam pengambilan pekerja asing termasuk dari Bangladesh adalah kerana sikap mereka yang lebih taat kepada majikan.

Blogger politik, Parpukari.blogspot.my melalui catatan terbaharu di laman blognya menyatakan sokongan terhadap pengambilan pekerja asing berkenaan, namun ia seharusnya dilaksanakan secara sah.

Beliau berkata, pekerja Bangladesh merupakan individu yang hanya fokus kepada pekerjaan.

Ujarnya, meskipun terdapat laporan yang menyatakan bahawa mereka melakukan perkara yang negatif, namun ia hanyalah segelintir malah selebihnya dilihat lebih patuh kepada agama.

“Apa yang orang kita tidak lihat ialah orang Bangla ini selain dari taat pada majikan mereka juga amat taat pada Tuhan. Kerja macamana sekali pun, tanggungjawab mereka sebagai umat Islam jarang mereka abaikan.

“Inilah yang membezakan mereka dan kaum lain. Mudah membentuk mereka dan mereka juga sangat cepat belajar Bahasa Melayu kita,” jelasnya lagi.

Tegasnya, adalah ebih baik sekiranya mengguna pakai pekerja Bangladesh yang akan masuk secara ‘staggered’ dan terkawal daripada menggunakan pendatang yang tidak tentu hala serta bukan islam.

“Banyak pengilang dan perladangan yang sedang kekurangan pekerja. Aku tahu ada kawan-kawan aku tak setuju dengan saranan aku ni, tetapi hakikatnya kita kena fikirkan impak ekonomi sekiranya pengilang dan segala industri yang memerlukan perkhidmatan warga asing ini tidak mendapat pekerja.

“Apa saja yang boleh menjana ekonomi kita, aku akan sokong agar rakyat kita ada peluang untuk hidup,” tambahnya lagi.

Beliau juga berpendapat bahawa pembekuan pengambilan pekerja asing perlu ditarik semula.

Sementara itu, beliau amat menyokong tindakan pihak Imigresen yang melaksanakan program ‘rehiring’ secara sendiri tanpa menyerahkannya kepada syarikat MYEG.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");