Jenayah

Sembilan PATI lari dalam semak dicekup

Johor Bahru: Sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia dicekup Jabatan Imigresen selepas cuba melarikan diri dan bersembunyi di sebalik belukar di Tanjung Balau Kota Tinggi, 4.15 petang semalam.

Ketua Ops yang juga Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Johor, Amir Syamri Mat Ripin berkata, PATI berusia lingkungan 22 hingga 51 tahun termasuk tujuh wanita mahu pulang Ke Indonesia melalui jalan tikus.

“Ketika anggota unit risikan membuat rondaan dan pemantaun di sekitar Tanjung Balau Sedili terserempak kereta yang mecurigakan dan terus mengekori kenderaan berkenaan.

“Setibanya di tepi jalan merah kereta itu berhenti dan penumpangnya termasuk pemandu kenderaan lari ke dalam semak.

“Hasil pencarian di sekitar semak belukar menemui PATI sedang bersembunyi dan mereka ditahan untuk siasatan lanjut manakala kereta dinaiki disita,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");