Jenayah

Pelancong mati lemas di Pantai Batu Burok

KUALA TERENGGANU: Seorang pelancong dari Johor mati lemas, manakala seorang wanita yang mandi bersamanya kini kritikal dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu ketika mandi di Pantai Batu Burok, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian antara jam 6 hingga 6.15 petang itu, mangsa dikenali sebagai Neow Hack Wan, 40, mati lemas ketika mandi bersama wanita terbabit dan seorang lagi individu dipercayai rakan mereka di pantai peranginan berkenaan.

“Secara tiba-tiba lelaki terbabit dan wanita itu ditarik arus deras dan dihanyutkan ombak ke tengah laut namun wanita itu berjaya diselamatkan orang awam lalu dikejarkan ke HSNZ namun lelaki itu sudah tidak lagi bernyawa.

“Mereka sebelum itu mandi bertiga, hanya seorang dapat menyelamatkan diri dan dua lagi mangsa dihanyutkan ke tengah laut. Orang awam yang berada di tempat kejadian cuba menyelamatkan dua mangsa itu tetapi hanya seorang yang selamat ,” kata seorang saksi enggan dikenali.

Mayat Hack Wan ditemui hanyut kira-kira 30 meter dari lokasi mangsa dikatakan lemas sebelum di bawa naik ke pantai oleh orang awam yang membantu sebelum ketibaan sekumpulan 10 anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Terengganu.

Mayat mangsa terbabit kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut dan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");