Sukan Hari Ini

Pellegrini tak menyesal biarpun kalah

“SAYA tiada pilihan.” Demikian tegas pengendali Manchester City, Manuel Pellegrini selepas keputusan beliau membariskan pemain muda menyebabkan pasukannya dibelasah 1-5 oleh Chelsea pada pusingan kelima Piala FA di Stadium Stamford Bridge, awal pagi semalam.

Pellegrini yang mempertahankan keputusan itu berkata, beliau terpaksa berbuat demikian memandangkan fokus utamanya adalah saingan Liga Juara-Juara.

“Saya terpaksa menurunkan pemain muda kerana kami tak boleh menurunkan pemain yang tidak cergas untuk perlawanan ini. Saya tahu peluang kami di Piala FA memang tipis, tapi kami tak boleh melakukan apa-apa selain ini.

“Kalau saya menurunkan barisan terkuat di Piala FA, peluang kami di Liga Juara-Juara akan terjejas. Sebagai jurulatih, saya lebih mementingkan Liga Juara-Juara daripada Piala FA, jadi saya ada alasan mengapa berbuat demikian,” katanya.

Walaupun tewas, Pellegrini tetap berpuas hati dengan permainan pemain muda terutama di babak pertama.

“Kami telah bermain amat baik sekali pada 45 minit pertama di mana kami berjaya menyamakan kedudukan walaupun akhirnya kita dibelasah teruk,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");