Sukan Hari Ini

Peluang terjun rebut satu slot lagi

Kuala Lumpur : P enerjun negara Pandelela Rinong yang bergandingan bersama Cheong Jun Hoong berpeluang cerah menempah satu lagi tempat ke temasya Olimpik Rio menerusi acara 10 meter terjun seirama selepas cemerlang pada pusingan awal.

Pandelela yang bergandingan bersama Jun Hoong mengumpul 316.62 mata untuk menamatkan saingan di kedudukan kedua terbaik bagaimanapun gagal mengatasi gandingan China, Chen Ruolin dan Liu Huixia.

Ruolin dan Huixia yang juga juara dunia itu mengumpul 329.46 mata apabila mempamerkan terjunan konsisten bermula dari terjunan pertama sehingga terjunan terakhir.

Tempat ketiga milik pasangan Mexico Paola Espinosa Sanchez dan Alejandra Orozco Loza yang meraih 297.06 mata.

Seandainya mengekalkan rentak, Pandelela bersama Jun Hoong berpeluang cerah meraih kejayaan berganda iaitu meraih pingat dan turut mara ke Olimpik Rio secara merit apabila turun pada pusingan akhir yang berlangsung awal pagi tadi.

Bagi Pandelela dia berharap untuk terus kekal fokus dan cuba untuk menamatkan kedudukan di tempat terbaik.

“Saya harap dapat melakukan terjunan terbaik dan layak ke Olimpik dalam acara terjun seirama pula,” katanya.

Untuk layak ke Olimpik Rio, pasangan negara perlu menamatkan kedudukan di kelompok empat terbaik.

Empat negara sudah mengesahkan slot ke Olimpik iaitu China, Kanada dan Korea Utara dengan Brazil mendapat tempat secara automatik atas tiket tuan rumah.

Seandainya, China berjaya menamatkan kedudukan di kelompok empat terbaik kuota seterusnya akan diberikan kepada pasangan yang menduduki tempat kelima dan seterusnya.

Ini bermakna hanya empat lagi slot perlu diisi di Kejohanan Terjun Piala Dunia ini.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");