Jenayah

Duda ditahan curi motosikal

GEORGETOWN: Seorang duda berusia 54 tahun ditahan selepas didapati menunggang motosikal curi di Jalan Batu Uban, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan motosikal jenis Honda EX5 dari seorang lelaki berusia 26 tahun, 10 Februari lalu.

“Mengikut keterangan mangsa, pada 4 Februari lalu, dia meletakkan motosikalnya itu di tapak pembinaan Persiaran Bukit Jambul dalam keadaan berkunci. Namun, enam hari selepas itu, dia mendapati motosikalnya hilang dipercayai dicuri lalu terus membuat laporan polis.

“Atas maklumat yang diterima dan risikan dibuat, polis menahan suspek di hadapan loji di Jalan Batu Uban, dekat sini. Semakan ke atas nombor motosikal itu mendapati, ia menggunakan nombor pendaftaran palsu. Semakan lanjut pada nombor enjin dan casis juga didapati sama seperti motosikal mangsa yang masih belum ditemui,” katanya.

Mior Faridalathrash berkata, suspek yang bekerja sebagai pekerja kontrak itu mempunyai dua rekod lampau berhubung kes dadah.

“Suspek ditahan reman bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");