Panasnya Hari Ini

Pembangkang Tidak Punyai Kelebihan Jika Najib Letak Jawatan

Foto:-Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Pembangkang tidak akan menerima sebarang kelebihan sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mahfodz Mohamed berkata, PAS berpendirian bahawa, sebarang usaha untuk menjatuhkan Najib sebelum PRU-14 akan memberi peluang kepada Barisan Nasional untuk memperolehi sokongan yang lebih besar.

Berikutan itu, bagi menjatuhkan Najib dan Barisan Nasional perlu dilakukan menerusi pilihanraya dan bukannya perhimpunan.

“Kalau macam yang lepas-lepas pun, buat himpunan macam mana pun, pihak pemerintah takkan berundur.

“Sebab itu, maka kita lebih suka Najib habiskan penggalnya dan kita bertanding lawan Najib.

“Umpamanya, Najib turun dan naik pula orang lain, ia (UMNO) akan mendapat sokongan yang lebih lagi,”ujarnya, lapor Antara Pos.

Beliau turut memberi contoh di mana sewaktu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berjaya memperolehi lebih banyak majoriti selepas mengambil alih pucuk pimpinan negara daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Terdahulu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa beliau tidak akan menyertai sebarang perhimpunan untuk mendesak Najib meletakkan jawatan seperti yang ingin dianjurkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Himpunan tersebut dijadualkan pada 27 Mac ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");