Perak Hari Ini

Penantian Penduduk Kampung Ramasamy Berakhir

GERIK: Setelah sekian lama menanti, akhirnya penduduk di Kampung Ramasamy di tengah pekan Gerik dapat menarik nafas lega apabila akhirnya menerima geran hak milik tanah di kampung berkenaan.

Majlis penyerahan hak milik tanah kepada 19 penduduk itu disampaikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bersempena dengan program permukiman beliau bersama barisan Exco negeri ke Daerah Hulu Perak selama lima hari sejak 23 Februari lalu.

PERAKTODAY2-1

Zambry berkata, dengan penyerahan hak milik tanah tersebut, ianya menunjukkan komitmen kerajaan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk.

“Kerajaan negeri telah membeli tanah tersebut daripada seorang individu bagi menyelesaikan masalah mereka yang telah duduk disitu berpuluh tahun.

“Jadi, kerajaan beli tanah tersebut dan kita berikan tanah itu kepada mereka,”ujarnya ketika ditemui media selepas merasmikan Ladang Sungai Rui, di sini, tengah hari tadi.

PERAKTODAY7

Katanya lagi, kerajaan negeri sentiasa membantu masyarakat tanpa mengira kaum walaupun jumlah penduduk sesuatu kawasan itu adalah kecil.

“Meskipun jumlah masyarakat India yang kecil, ianya tidak bermakna kerajaan Barisan Nasional tidak memberikan perhatian untuk menyelesaikan masalah-masalah mereka di kawasan Gerik dan Lenggong.

“Ini adalah salah satu daripada komitmen yang telah kita buat sebelum ini untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");