Perak Hari Ini

Perancangan Rapi Bantu Kurangkan Kes Jenayah

SELAMA: Pelbagai perancangan dan aktiviti yang dilakukan oleh pasukan Polis di daerah ini di sepanjang tahun lalu ternyata berjaya mengurangkan kadar kecurian motorsikal terutamanya di kawasan Selama.

Statistik kes kecurian motorsikal di Selama bagi tahun 2015 berjaya diturunkan kepada 25 daripada 28 kes berbanding tahun sebelumnya.

“Kita membuat rondaan berkereta dan juga rondaan motorsikal di kawasan-kawasan berisiko seperti taman-taman perumahan di kawasan perkampungan, dan lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai.

“Begitu juga masyarakat yang turut membantu menyalurkan maklumat kepada kami tentang kejadian jenayah yang berlaku di kawasan mereka,”kata Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superitendan Loo Lian Lay.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Jom Ronda di Kampung Batu 7, Bukit Bertam, di sini.

ronda 2

Mengulas lanjut, Loo berkata, kesemua kes yang berkaitan dengan jenayah curi perlu diambil perhatian serius terutamanya yang melibatkan kes kecurian di rumah dan juga kecurian motorsikal.

“Kes kecurian melibatkan rumah ataupun motorsikal tidak mengira waktu. Saya nasihatkan kepada masyarakat berhati-hati. Jangan biarkan penjenayah mengambil peluang untuk melakukan jenayah.

“Begitu juga dengan kes kecurian motorsikal bukan sahaja belaku di kawasan bandar atau perumahan, sebaliknya turut berlaku di kawasan kampung,”ujarnya.

Justeru itu, beliau menasihatkan penduduk agar dapat mengambil langkah selamat dengan memastikan rumah dalam keadaan berkunci dan menyimpan barangan berharga di tempat yang tersembunyi.

“Masyarakat juga harus lebih bertanggungjawab untuk memastikan harta benda mereka berada dalam keadaan selamat.

“Pihak polis hanya boleh membantu untuk memantau manakala tanggungjawab sebenar terletak kepada masyarakat sendiri,”jelasnya.

Katanya, keselamatan disesuatu tempat akan menjadi lebih kuat sekiranya peranan menjaga keselamatan itu dapat dimainkan oleh komuniti setempat tanpa mengira latarbelakang kaum.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");