Berita Hari Ini

Periksa eskalator di seluruh negara

Putrajaya: Satu operasi pemeriksaan eskalator akan dijalankan di seluruh negara terutama di kompleks beli-belah dan pusat tumpuan orang ramai yang menggunakan kemudahan berkenaan.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dalam kenyataannya berkata, pihaknya juga akan menjalankan kajian menyeluruh terhadap ciri keselamatan eskalator termasuk dari aspek teknikal, penggunaan dan faktor manusia yang boleh menyumbang kepada kemalangan.

Menurutnya, berdasarkan hasil kajian yang diperolehi itu, ciri keselamatan pada eskalator akan ditambah baik.

“Bagi memastikan keselamatan penggunaannya, setiap eskalator direka bentuk, dibina dan dipasang mengikut kod reka bentuk yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Kebanyakan eskalator di Malaysia adalah direka bentuk mengikut EN 115-1 dan ia memperincikan setiap keperluan termasuk berkaitan pemasangan peranti keselamatan bagi menjamin keselamatan pengguna yang menggunakan eskalator,” katanya hari ini.

Isnin lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun putus sebahagian pergelangan kaki kiri akibat tersepit eskalator di KL Sentral.

Dalam kejadian 3.30 petang itu, mangsa dikatakan sedang turun dari tingkat satu menggunakan eskalator berkenaan.

Pada masa sama, JKKP berkata, antara peranti keselamatan yang wajib dipasang adalah seperti butang berhenti kecemasan, garisan penanda kuning untuk berpijak dan ‘skirt brush’ di kedua-dua belah panel.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");