Panasnya Hari Ini

Persatuan Bola Sepak Perlu Semak Pendapatan Sebelum Tawar Gaji Lumayan- KJ

Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta setiap persatuan bola sepak negeri supaya melihat kemampuan dan ujuran pendapatan masing-masing terlebih dahulu sebelum bertindak menawarkan kontrak lumayan kepada para pemain.

Memetik sumber Harian metro, perkara itu tegasnya perlu diberi penelitian untuk mengelakkan isu tunggakan gaji daripada berulang.

Ia menjadi semakin meruncing apabila persatuan tersebut disifatkannya cenderung menawarkan kontrak gaji lumayan biarpun tidak mempunyai kewangan kukuh.

Tambahnya, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juha perlu memainkan peranan dengan mengawal tawaran kontrak gaji yang tinggi kepada pemain agar isu tunggakan gaji tidak berlaku lagi.

“Saya harap FAM dan pasukan lain menjadikan perkara ini iktibar agar tidak ada lagi pasukan yang tawarkan kontrak di luar kemampuan mereka.

“Apabila mereka menawarkan gaji terlalu tinggi daripada penajaan serta pendapatan, ini yang akan berlaku.

“Jadi setiap pasukan mesti membuat unjuran kewangan yang tepat dan tidak terbawa-bawa dengan keghairahan mendapatkan khidmat pemain tapi kemudiannya tidak mempunyai kemampuan untuk membayar gaji,” kata Khairy sejurus selepas melancarkan aplikasi ‘Fitness In My Pocket’ semalam.

Khairy turut meluahkan rasa kecewanya mengenai prestasi buruk yang ditunjukkan oleh pasukan negara apabila kini Malaysia menduduki tangga terakhir dalam Kumpulan D Kejohanan Futsal Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang berlangsung di Tashkent, Uzbekistan.

Kekalahan itu berkemungkinan akan mengakibatkan futsal tidak dipertimbangkan untuk disenaraikan pada temasya Sukan SEA 2017.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");