Perak Hari Ini

Motosikal, Kereta Terbakar, Mangsa Selamat

TAPAH: Seorang penunggang motosikal mengalami kecederaan apabila motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan sebuah kereta lalu terbakar dalam kejadian yang berlaku, malam tadi.

Dalam kejadian tersebut, tiga mangsa yang menaiki kereta jenis Honda HRV terselamat.

Menurut jurucakap bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 9.21 malam.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, anggota mendapati berlaku satu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta Honda HRV dan sebuah motosikal Yamaha 125 berlanggar.

“Kemalangan itu telah menyebabkan motosikal tersebut terperosok di bawah kereta,”katanya.

IMG-20160217-WA0007

Tambahnya lagi, akibat kemalangan itu juga mengakibatkan kedua-dua kenderaan tersebut terbakar hampir 90 peratus.

Mengulas lanjut, penunggang motosikal tersebut telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan susulan.

“Anggota menggunakan dua aliran hose reel bersumberkan air dari tangki jentera sehingga api dapat dipadamkan sepenuhnya.

“Operasi yang diketuai oleh PBK II Rahman tamat kira-kira 20 minit kemudian,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");