Perak Hari Ini

Pertimbang Cadangan Jadikan Pusat Pendidikan Al-Barakah Sebagai Maahad Tahfiz Berasrama Penuh

IPOH: Kerajaan negeri akan mempertimbangkan berkenaan cadangan untuk menjadikan Pusat Pendidikan Al-Barakah sebagai salah sebuah Maahad Tahfiz berasrama penuh di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ia selaras dengan hasrat kerajaan negeri dalam mewujudkan Maahad tahfiz berasrama penuh di setiap daerah di seluruh negeri Perak.

Jelasnya, pihaknya menyambut baik tawaran yang diutarakan oleh Pengasas pusat pengajian berkenaan yang juga merupakan penceramah terkenal negara, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali dengan nama Ustaz Kazim.

“Kerajaan negeri akan mempertimbangkan tawaran daripada Ustaz Kazim Elias untuk menjadikan Pusat Pendidikan Al- Barakah ini sebagai Maahad Tahfiz berasrama penuh seperti yang telah pun saya umumkan sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pendidikan Al-Barakah di sini, hari ini.

PERAKTODAY3

Turut hadir sama, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Exco Agama Negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria dan Datuk Mohd Kazim Elias.

Ujarnya, kerajaan negeri akan memberikan pertimbangan yang sebaik-baiknya dan akan mengadakan perbincangan lanjutan melalui Jabatan Agama Islam Negeri Perak.

“Insya Allah kalau tidak ada aral melintang, kita akan melihat segala cadangan ini secara positif,” jelasnya.

PERAKTODAY2

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri telah pun memulakan pembinaan beberapa Maahad Tahfiz berasrama penuh di beberapa daerah di negeri ini.

“Ini termasuklah di Manjung yang telah pun siap, di Tapah dalam proses pembinaan dan juga di Lenggong akan dimulakan pembinaannya,” tambahnya.

Sementara itu, Zambry berkata, kerajaan negeri akan terus menggalakkan pelancongan berteraskan agama nenerusi program keagamaan yang dilaksanakan di negeri ini.

PERAKTODAY4

Katanya, selama dua tahun berturut-turut Perak menerima jumlah kedatangan pelancong yang teramai di Malaysia dan sebahagiannya disumbangkan melalui program keagamaan yang dilaksanakan oleh Ustaz Kazim Elias.

“Kita telah pun melihat jumlah kedatangan pelancong yang bertambah dan negeri Perak telah mencatat dua tahun berturut-turut dengan kedatangan pelancong-pelancong dalaman ataupun domestik yang datang ke negeri Perak.

“Tahun lalu kita telah mencatatkan 6.3 juta pelancong dan demikian juga tahun sebelumnya sebanyak 6.1 juta orang.

“Saya percaya sebahagiannya juga turut disumbangkan melalui kedatangan mereka ke Pusat Pendidikan Al-Barakah termasuk juga yang datang ke kediaman Menteri Besar melalui program-program Datuk Ustaz Kazim,” katanya lagi.

Tegasnya, Pusat Al-Barakah dan Ustaz Kazim sendiri telah menjadikan negeri Perak sebagai Pusat Pelancongan Islam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");