Panasnya Hari Ini

Apandi Jadi Ahli Lembaga TH Secara Percuma, Tidak Bergaji

Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Pelantikan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali sebagai ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji adalah secara percuma dan tidak bergaji.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Rahim berkata, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang baru kerana peguam Negara yang sebelum Apandi juga pernah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah di beberapa organisasi.

“Bila mana dapat surat Bank Negara Malaysia (BNM), ianya menyentuh tentang rizab dan pelantikan ahli lembaga pengarah mestilah seseorang yang boleh membantu pengurusan Tabung Haji.

“Ia berlaku pada Januari, kebetulan kita ada satu kekosongan, dan mahu melantik seseorang yang boleh berhubung terus dengan menteri,” katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Jelas beliau, pihaknya ke Pejabat Peguam Negara dan kemudian ditanya sama ada gaji akan diberikan atau tidak.

“Mereka (Pejabat Peguam Negara) kata, jika tiada gaji, mereka akan cadangkan nama Peguam Negara,”jelasnya.

Terdahulu, pada 26 Januari, Mohamed Apandi telah disenaraikan sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah Tabung Haji yang dipaparkan dalam laman web badan berkanun itu.

Pelantikan Apandi itu telah mengundang pelbagai reaksi banyak pihak yang menyifatkan ada sesuatu yang ‘tidak kena’ dengan hal ehwal dalaman Tabung Haji.

Ini kerana, penyenaraian nama Apandi itu dilaporkan ketika kandungan surat BNM mengenai paras rizab Tabung Haji kecoh diperkatakan ramai orang di media sosial.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");