Berita Hari Ini

PM ucap takziah kepada mangsa bom kereta

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah dan simpati mendalam kepada keluarga mangsa serangan bom kereta di Ankara, Turki, semalam.

Beliau berkata Malaysia mengutuk keras serangan tersebut yang mengorbankan 28 orang dan mencederakan 61 yang lain.

“Saya merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Turki terutama keluarga dan mangsa serangan kejam itu,” katanya dalam akaun Twitter rasminya, malam ini.

Beliau berkata tiada rakyat Malaysia dilaporkan menjadi mangsa tetapi situasi itu akan terus dipantau.

Perdana Menteri menasihatkan rakyat Malaysia di negara itu supaya menghubungi Kedutaan Malaysia di Ankara di talian +(90)312-4463547(8) untuk sebarang pertanyaan. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");