Sukan Hari Ini

Anggap kekalahan satu pengajaran

KAPTEN Tok Gajah, Zesh Rehman mahu rakan sepasukannya terutama pemain muda mengambil iktibar dengan kekalahan ke atas Pulau Pinang, Selasa lalu.

Menurutnya, musim ini akan menjadi proses pembelajaran yang besar buat pemain dalam skuad kendalian Ahmad Shaharuddin Rosdi yang dibarisi sebahagiannya pemain muda.

“Saya harap kita semua dapat pengajaran dengan kekalahan ini dan kekal fokus selain membuktikan aksi lebih baik untuk perlawanan seterusnya,” katanya.

Pada masa sama, pemain berusia 33 tahun itu memuji jaringan gol dihasilkan penyerang Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri ketika perlawanan berkenaan yang tidak menolak kemungkinan bantuan angin turut menjadi faktor penghasilan gol tersebut.

Nama Mohd Faiz menjadi sebutan seluruh dunia dan video sepakannya menjadi viral berikutan sepakan unik itu yang dihasilkan pada m-62 ketika aksi menentang Pahang dalam aksi Liga Super 2016 di Stadium Bandaraya, Selasa lalu.

Malah beberapa portal bola sepak antarabangsa percaya jaringan itu mampu meraih Anugerah Puskas 2016 yang merupakan anugerah pengiktirafan kepada jaringan paling cantik dalam dunia bola sepak sejak diperkenalkan pada 2009.

Teknik knuckleball yang digunakan penyerang Pulau Pinang itu adalah teknik dalam sukan bola sepak merujuk kepada sepakan pada kelajuan yang rendah dan dalam perlawanan itu, bola tersebut melencong ke sebelah kanan sebelum menerjah jaring menewaskan penjaga gol Pahang, Nasril Nourdin.-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");