Jenayah

Polis Marin rampas 7,000 rokok putih

KUCHING: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima merampas 7,000 bungkusan rokok putih bernilai RM17,500 di jeti perlepasan ekspres Terminal Penumpang Sibu, pagi semalam.

Komander PPM Wilayah Lima ACP N. Kalai Chelvan berkata hasil maklumat risikan, anggota PPM Sibu telah ke lokasi dan menemukan tujuh kotak berwarna kuning ketika menjalankan Op Selamat pada 8.15 pagi semalam.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kotak-kotak tersebut, anggota menemui pelbagai jenis dan jenama rokok putih,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kalai Chelvan berkata anggota PPM Sibu kemudiannya menunggu hampir 30 minit namun tiada orang yang datang menuntut kotak-kotak berkenaan.

“PPM Sibu kemudian bertindak merampas semua kotak tersebut dan membawa ke Markas Taktikal PPM Sibu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kalai Chelvan berkata satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lanang dan kes akan diserahkan kepada Jabatan Kastam Cawangan Sibu esok. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");