Jenayah

Potong anu: Isteri tukar pengakuan

KUALA PILAH – Seorang isteri sebelum ini mengaku bersalah mencederakan suami dengan bertindak memotong kemaluan suaminya menukar pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Fatimah Abdullah, 51, ketika dibacakan kertas pertuduhan oleh jurubahasa dalam bahasa Tamil, mengangguk faham telah membuat pengakuan baharu itu di hadapan Hakim Sazlina Safie.

Pada 28Januari lalu, tertuduh tidak diwakili peguam mengaku bersalah dan hakim telah menetapkan hari ini sebagai tarikh sebutan kes bagi menunggu laporan perubatan si mangsa.

Bagi fakta kes, tertuduh didakwa telah mencederakan warga Pakistan Umar Rahman, 44, dengan sebilah pisau yang berkemungkinan boleh menyebabkan kematian pada 20 Januari jam 1.20pagi di Jalan Beringin 3, Batu Kikir di sini.

Kemudian, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20tahun, denda dan sebatan jika sabit kesalahan.

Kes pendakwaan dikendali oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nik Azhan Hakim Nik Mahmood dan Nabilah Mohammad Zainudin manakala tertuduh diwakili peguam J. Gunamalar, Panjit Singh dan Shamser Singh.

Hakim kemudian menetapkan semula sebutan kes pada 11 April depan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");