Panasnya Hari Ini

Azmin Jangan Campur Urusan Negeri Pulau Pinang- Guan Eng

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini mengingatkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri itu.

Tegasnya lagi, Azmin juga tidak perlu mencampuri urusan mengenai tindakan pengguguran dua wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat dari syarikat dan agensi berkaitan (GLC) kerajaan negeri baru-baru ini.

Ujarnya, prinsip tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri masing-masing telah diamalkan mereka sejak tahun 2008 oleh gabungan pembangkang yang dikenali dengan nama Pakatan Rakyat ketika itu.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Mohamed Azmin yang tampil membuat kenyataan dan dilihat mencampuri urusan negeri Pulau Pinang secara terbuka.

Tegasnya sebelum ini semua isu berbangkit dibincangkan secara tertutup atas semangat kerjasama gabungan Pakatan Harapan.

“Saya berasa hairan sikit tentang kenyataan yang dibuat oleh MB Selangor, kerana selama ini sebagai MB dan Ketua Menteri, kami tidak campur tangan dalam urusan negeri lain dan amalan ini telah kekal.

“Ini kali pertama beliau berminat tentang satu perkara yang bukan dalam negeri dia dan saya rasa beliau mungkin tidak faham apa yang sebenarnya berlaku,” kata Guan Eng memetik sumber Awani.

Terdahulu, Mohamed Azmin pada Isnin mempersoalkan tindakan pentadbiran DAP Pulau Pinang yang menggugurkan dua ADUN PKR, Ong Chin Wen (Bukit Tengah) dan Cheah Kah Peng (Kebun Bunga) daripada jawatan mereka dalam GLC.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");