Isu Panas

PRN: Kalau Pas pun sukar, Amanah lagi gelap

SHAH ALAM – Penganalisis politik melihat Parti Amanah Negara (Amanah) ‘tiada harapan’ di Sarawak melainkan parti serpihan Pas itu mempunyai sokongan akar umbi serta sokongan kewangan yang benar-benar kukuh.

Pensyarah Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas),Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata, ia sukar kerana Amanah merupakan parti yang baharu.

“Kedudukan Amanah lebih sukar daripada Pas. Kalau Pas sudah sukar, tiada harapan, Amanah lagilah gelap masa depannya di Sarawak.

“Mudah sahaja alasannya. Sebab ini sebuah parti baharu dan seperti biasa parti baharu amat sukar untuk bertapak lebih-lebih lagi seperti Amanah tidak mempunyai jentera akar umbi yang kuat dan saya percaya mereka berdepan masalah kewangan,” katanya kepada Sinar Online.

Sebelum ini, Amanah telah mengumumkan untuk meletakkan calon pelbagai etnik bersesuaian dengan demografi pengundi di negeri itu.

Dalam pada itu, Dr Jeniri berkata, beliau turut percaya Amanah akan bertanding di kerusi yang bakal ditandingi parti tulang belakang BN, PBB yang tidak memungkinkan Amanah menang.

“PBB mempunyai pengaruh amat kukuh di Sarawak…yang mendapat sokongan kuat pengundi Melayu Melanau. Apa implikasinya?

“Kemudian, Amanah ini parti serpihan Pas, jadi, imej Pas itu masih melekat pada tubuh Amanah. Maka pengundi di sini akan mengaitkannya dengan Pas,” katanya.

Beliau turut tidak menolak Amanah menyedari hakikat perjuangan mereka di Sarawak itu begitu mencabar dan penuh dengan kekangan.

“Jika nak mencuba nasib pun, nasib juga tidak akan memihak kepada mereka. Mungkin mereka ingin menguji sejauh mana populariti dan pengaruh mereka di Sarawak.

“Tapi saya amat yakin sampai bila-bila Amanah tidak akan mendapat tempat di hati pengundi di Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata Amanah sepatutnya menumpukan untuk memperkukuhkan kedudukannya di Semenanjung sebelum meneroka Sarawak.

“Tiada peluang untuk Amanah di PRN Sarawak. Amanah harus menumpukan kedudukannya di Semenanjung sebelum menerokai Sarawak bukan hanya sekadar bertanding di Sarawak kerana ada pilihan raya,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");