Panasnya Hari Ini

Rakyat Sudah Mual Dengan Apa Yang Berlaku – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau dapat melihat satu perasaan yang sukar dibayangkan olehnya ketika berjumpa dengan rakyat di negara ini.

Katanya, ada rakyat yang mengungkapkan rasa kecewa, putus harap, bimbang dan berang dengan apa yang terjadi di negara ini.

Malah, ada juga yang sudah mual dengan apa yang berlaku di negara ini, katanya.

“Ke mana-mana sahaja saya pergi, pasti ada orang yang bertanya apa sudah jadi dengan Malaysia. Ternampak di wajah mereka satu perasan yang sukar digambarkan.

“Mereka sudah tidak percaya lagu kepada orang yang diamanahkan untuk memimpin kerana ramai yang mengkhianati amanah,”katanya menerusi catatan terbaru di Facebooknya.

Tambah Timbalan Presiden UMNO itu lagi, disaat rakyat dibebani masalah kos sara hidup yang tinggi, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kejatuhan nilai mata wang, kehilangan pekerjaan, ada pemimpin yang disahkan menerima wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadi untuk kegunaan peribadi.

Katanya, apa yang lebih menyedihkan, antara sumber wang tersebut adalah daripada syarikat yang mendapat dana daripada tabung awam.

“Namun, amat pelik apabila penerimaan wang yang bersumberkan dana awam oleh seorang pemimpin negara tidak dianggap sebagai satu kesalahan.

“Malah, siasatan ke atas laporan salah laku dan rasuah melibatkan orang berkenaan diarahkan ditutup,”luah beliau.

Katanya lagi, antara permasalahan besar yang sedang melanda negara pada ketika ini ialah kerana ketiadaan roh perjuangan untuk berpegang kepada prinsip-prinsip murni dalam kehidupan.

“Kerana itu, berlaku masalah pecah amanah, tiada tanggungjawab terhadap rakyat dan mungkin tiada perasaan takut kepada balasan Allah SWT,”ujarnya.

Kata Muhyiddin lagi, walaupun terdapat perasaan kecewa dan duka di wajah yang beliau temui, beliay yakin rakyat masih menaruh harapan agar Malaysia dapat diselamatkan.

Justeru itu, Muhyiddin berkata, beliau tidak akan berpaling daripada memperjuangkan kebenaran dan beliau yakin, rakyat Malaysia mempunyai pendirian yang sama dapat bangkit berjuang bersama beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");