Sukan Hari Ini

Tonik baharu Red Devils

MANCHESTER United menjadikan persembahan positif mereka dalam dua perlawanan terakhir sebagai pembakar semangat menjelang pertemuan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Chelsea di Stamford Bridge esok (tengah malam waktu Malaysia).

Skuad kendalian Louis van Gaal itu sebelum ini menundukkan Derby County 3-1 pada pusingan keempat Piala FA serta melakar kemenangan meyakinkan (3-0) ke atas Stoke City, Rabu lalu.

Bukan sahaja menang, The Red Devils turut memperbaiki aksi mereka selain menyumbat enam gol pada pertemuan tersebut.

United sebelum ini dikritik kerana menampilkan aksi hambar dan dibelenggu masalah ketumpulan di bahagian serangan.

“Ketika menentang Stoke, pemain hadapan menunjukkan persefahaman tinggi. Mereka pantas, kuat dan mampu meledak lebih banyak gol.

“Jadi kami harus mengekalkan momentum ini untuk terus kekal bersaing dalam persada liga,” kata penjaga gol United, David de Gea.

Ketika ini, penyerang utama pasukan itu, Wayne Rooney menunjukkan peningkatan apabila menyumbat tujuh gol dalam lapan penampilan terakhir di semua pertandingan, termasuk satu gol ketika berdepan Stoke di Old Trafford, baru-baru ini.-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");