Jenayah

Rampasan RM325,000

Pelabuhan Klang: Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang rampas pelbagai jamu, kosmetik dan ubat bernilai RM325,000 yang dibawa bot tukaran barang dari Indonesia, Selasa lalu.

Pegawai Pemerintah PPM Pelabuhan Klang Deputi Superintendan Ahmad Shafiki Hussin berkata, bot tukaran barang dari Panipahan Indonesia itu ditahan di Perairan Tanjung Harapan, di sini, kira-kira 6.30 petang.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati tekong bot gagal mengemukakan dokumen pengesahan dari Kementerian Kesihatan untuk membawa produk berkenaan.

“Pelbagai produk kesihatan seperti kosmetik, ubat dan jamu dirampas dan diserahkan kepada Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Jualan Dadah, 1952 dan Peraturan-Peraturan Dadah dan Kosmetik 1984,” katanya, di sini, hari ini.

– Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");