Sukan Hari Ini

Rumah bekas pemain Chelsea dipecah masuk

ATHENS: Bekas pemain tengah Chelsea, Micheal Essien mendedahkan kediamannya di Athens dipecah masuk, pada Rabu lalu ketika dia sedang keluar menikmati makan malam.

“Minggu pertama saya di Athens berakhir dengan buruk. Rumah saya dipecah masuk hari Rabu dan pasukan saya tewas semalam,” kata pemain berusia 32 tahun itu menerusi akaun sosial Instgramnya.

Pasukan baharunya, Panathinaikos tewas 1-0 di laman sendiri menentang Xanthi, semalam.

Menurut laporan polis, wang dan barang kemas dilarikan dari kediaman bekas pemain Real Madrid dan AC Milan itu yang terletak di pinggiran pantai Varkizas berhampiran Athens.

“Saya seorang yang kuat dan perlu pandang ke hadapan untuk minggu baharu. Mereka yang kuat akan dapat bertahan,” kata Essien yang menyertai pasukan gergasi Greek itu, Jun lalu. – AFP/berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");