Sukan Hari Ini

Skuad utama Kedah hampir lengkap

Alor Setar: Ketua jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe sudah mengenal pasti 75 peratus daripada kesebelasan utama yang akan turun beraksi pada perlawanan pembuka tirai musim menentang FELDA United di Jengka, Sabtu ini.

Menurutnya, ketika beraksi pada perlawanan antara sesama mereka barisan pemainnya mempamerkan kesungguhan dan komitmen tinggi bagi memikat hatinya dan juga pengurusan pasukan negeri.

“Walaupun perlawanan semalam boleh diibaratkan sebagai latihan tapi semua pemain mempamerkan kesungguhan dan komitmen tinggi dan beraksi seolah-olah mereka berdepan pasukan lain.

“Selama 90 minit saya dapat lihat setiap pemain saya mahu memberikan prestasi terbaik dan beraksi bermati-matian untuk memikat hati saya kerana inilah peluang terbaik mereka bagi meletakkan diri mereka dalam kesebelasan utama negeri.

“Walaupun semua pemain beraksi dengan kewibawaan sebenar mereka, saya hanya dapat mengenal pasti 75 peratus daripada kesebelasan utama dan begitu juga 18 pemain yang akan ke Pahang pada 13 Februari ini,” kata Cheng Hoe.

Beliau juga menegaskan dapat mengenal pasti beberapa kelemahan yang masih ada dalam pasukan khususnya bahagian pertahanan dan serangan kerana banyak peluang menjaringkan gol gagal dimanfaatkan mereka manakala pertahanan pula ada ketika mereka terleka sekali gus mampu mengundang bahaya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");