Perak Hari Ini

Rumah Kedai Hampir Musnah

BAGAN DATOH: Sebuah rumah kedai di Jalan Parit 24 Jalan Bagan musnah hampir 30 peratus dalam kejadian kebakaran yang berlaku sekitar 7 pagi tadi.

Menurut sumber jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Perak, panggilan kecemasan diterima pihaknya sekitar jam 7.49 pagi tadi.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah kedai kelas ‘A’ yang terbakar hampir 25 peratus di bahagian bawah bangunan itu,” katanya.

Tambah sumber lagi, pihak anggota telah menggunakan satu aliran daripada pam jentera bagi mengawal dan memadamkan kebakaran tersebut.

Pihak penyelamat mendapati kemusnahan keseluruhannya sekitar 30 peratus.

Operasi tamat sekitar jam 8.45 pagi tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");