Perak Hari Ini

Sambutan Tahun Baru Cina Peluang Perkukuh Institusi Keluarga

IPOH: Bersempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan disambut oleh masyarakat Cina pada minggu hadapan, Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak mengharapkan agar sambutan itu dapat digunakan dengan sebaiknya.

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Perak, Mohd Fitri Asmuni berkata, sambutan Tahun Baru Cina ini perlu dijadikan satu usaha pengukuhan bersama dan menunjukkan semangat muhibbah.

“Pemuda AMANAH Perak mengharapkan peluang bercuti di kampung nanti sebagai ruang untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan yang menjadi budaya masyarakat Malaysia.

“Tahun Baru Cina ini perlu dijadikan juga usaha pengukuhan bersama masyarakat dan menunjukkan kita semua mempunyai semangat muhibbah dan saling hormat menghormati antara satu sama lain demi pembinaan sebuah masyarakat penyayang,”katanya, dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Fitiri turut memperingatkan agar semua pihak yang pulang ke kampung menjaga keselamatan diri serta ahli keluarga di jalan raya.

“Selain itu pastikan keselamatan kediaman yang bakal ditinggalkan berada dalam keadaan selamat,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");