Berita Hari Ini

Sasar bina 25 perhentian bas

IPOH – Kerajaan negeri menyasarkan 25 perhentian bas dapat dibina sekitar Ipoh pada tahun ini bagi memenuhi syarat Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST).

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, sekurang-kurangnya 250 perhentian bas di kawasan seliaan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) diperlukan bagi memenuhi syarat dalam melaksanakan SBST secara menyeluruh.

Menurutnya, buat masa ini, sebanyak 150 perhentian bas sudah dibina manakala selebihnya akan dibina dalam tempoh terdekat.

“Kerajaan negeri akan berusaha untuk menyediakan bas yang selesa dan selamat termasuk infrastrukturnya.

“MBI juga memainkan peranan penting untuk mempertingkatkan kemudahan sedia ada malah sudah membina sembilan perhentian bas pada tahun lalu,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa MMK Pengangkutan Awam kelmarin.

Beliau berkata, pihaknya turut mengalu-alukan kerjasama daripada pihak swasta atau badan korporat yang mahu menggunakan perhentian bas untuk mengiklankan produk mereka.

Katanya, sesiapa yang berminat boleh menghubungi pihak berkenaan dalam tempoh dua minggu dan satu sesi penerangan akan dilaksanakan.

“MBI dan kerajaan negeri akan menjadi pemudah cara dari segi kebenaran merancang dan sebagainya. MBI juga mempunyai model perhentian bas tertentu yang mereka boleh pilih.

“Melalui penglibatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), kita minta operator SBST dapat menyumbang atau membina perhentian bas,” katanya.

Hang Soon berkata, pembinaan perlu dilakukan sebelum Ogos atau September, jika tidak mereka akan menghadapi kekangan masa.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");