Sukan Hari Ini

Aksi pramusim Pahang tak mantap

Kuantan: Pahang menamatkan jelajah pramusim di Thailand dengan keputusan kurang memberangsangkan apabila mencatat satu seri dan dua tewas sepanjang aksi persahabatan di negara berkenaan.

Pada aksi persahabatan itu, skuad kendalian Ahmad Shaharuddin Rosdi mengikat kelab China Hangzhou Greentown 2-2 tetapi tewas kepada dua kelab Thailand Army United (0-2) dan Bangkok United FC (1-4).

Namun, difahamkan, kunjungan skuad Tok Gajah itu lebih kepada membentuk keserasian dalam kalangan pemain terutama empat pemain import dengan barisan muda.

Pada masa sama, semua pemain diberikan peluang mempamerkan prestasi mereka sebelum Shaharuddin membuat keputusan memilih kesebelasan utama apabila saingan Liga Super bermula nanti.

Selain itu, Shaharuddin akan mengumumkan seorang pemain yang bakal dilantik selaku kapten baharu dan pilihan kini terarah kepada sama ada Mohd Saiful Nizam Miswan atau Zesh Rehman.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");