Panasnya Hari Ini

Scorpene: Dakwa Razak Baginda Di Mahkamah Perancis – Tun M

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa Abdul Razak Baginda perlu dihadapkan ke mahkamah Perancis sekiranya beliau atau syarikatnya menerima ganjaran hasil daripada urusniaga pembelian kapal selam, Scorpene.

Kata Mahathir, ini kerana, Abdul Razak sudah tentu tidak akan didakwa di mahkamah Malaysia kerana ianya bakal melibatkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Razak tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan mengenai pembelian kerajaan, tetapi Najib, sebagai Menteri Pertahanan mempunyainya (Kuasa).

“Walaubagaimanapun, jika Razak atau syarikatnya menerima wang dari pembina kapal selam, dia harus dihadapkan ke mahkamah Perancis.

“Peguam Negara Malaysia (Tan Sri Mohamad Apandi Ali) sudah pasti tidak akan caj Razak kerana mungkin nama Najib akan diheretkan bersama,”katanya menerusi satu catatan terbaru di blognya, chedet.cc.

Terdahulu, media asing melaporkan bahawa Abdul Razak mengakui bahawa beliau telah menerima kira-kira RM137 juta dan menolak dakwaan bahawa wang yang diterima itu adalah rasuah.

Sebaliknya, Abdul Razak berkata kepada Financial Times, jumlah wang itu digunakan untuk berunding mengenai tawaran Perancis untuk melobi dan pelasanaan penyeliaan selama lapan tahun.

Selain itu, Abdul Razak juga dikatakan individu yang rapat dengan Najib dan pernah didakwa atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuyaa Shaaribuu pada 2006.

Jelas beliau lagi, selain daripada isu kapal selam Scorpene, Najib telah memburukkan nama Malaysia.

Justeru, bagi membersihkan nama Malaysia dan nama Najib sendiri, Perdana Menteri perlu membuktikan tanpa ragu bahawa beliau tidak bersalah terhadap semua tuduhan yang dilemparkan kepadanya, kata Mahathir.

“Hanya kerana Peguam Negara berkata beliau (Najib) tidak bersalah, ianya tidak mempunyai sebarang makna.

“Peguam Negara, dia sendiri tidak mempunyai kredibiliti,”ujarnya.

Tambah Mahathir lagi, jika Najib gagal membuktikan beliau tidak bersalah, sekali lagi, bekas Perdana Menteri 22 tahun itu meminta agar Najib meletakkan jawatan termasuk juga dengan mereka yang telah melindungi dan menyalahgunakan kuasa mereka untuk menyelamatkan Najib.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");